Tuesday, May 11, 2010

Tiada Lagi

tiada lagi kau rasai
terik panasnya mentari
perit membakar diri
mengalir keringat ke bumi

tiada lagi kau rasai
pilunya irama hujan terlerai
segar membasahi diri
membasuh debu di pipi

tiada lagi kau rasai
rintik embun di hujung pagi
sejuknya membangkit berahi
dalam pelukan menghangatkan diri

tida lagi kau lalui
denai yang penuh onak dan duri
gelak dan tawa menikam diri
tanggis dan sendu tetap sendiri

tiada lagi kau bermimpi
tentang indah hidup ini
biar lenamu di daerah sunyi dan sepi
kerana semuanya telah kau laluli

kini tinggal hanya kami
bersama sebuah memori
tiada lagi kau di sisi
yang dipanjat doa ke hadrat Ilahi


p/s: untuk sahabat ku unrestmind aka hisyam semoga kau damai di sana, biar kita tak sempat bersua tapi kau terasa seperti di depan mata

21 comments:

  1. semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman..

    al fatha

    ReplyDelete
  2. Begitulah rasanya..walau hanya sahabat dialam maya..al fatihah..

    ReplyDelete
  3. sgt merindukan lawak2 n nasihat arwah...tkilan x sempat jumpa arwah

    ReplyDelete
  4. Sungguh sayu...
    semoga dia aman di sana..

    *Sentiasa tersentuh jika membaca nama HISYAM.

    ReplyDelete
  5. ARWAH pergi dgn satu kenangan pd saya
    kisah itu

    al fatihah tuk beliau;)

    ReplyDelete
  6. salam...

    moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt..amin..

    ReplyDelete
  7. al-fatihah ...

    hidup ni pendek sebenarnya ...
    masa makin cepat berlalu ....
    subhanallah....

    ReplyDelete
  8. al-Fatihah utk beliau...

    ReplyDelete
  9. al fatihah.. moga rohnya dicucuri rahnat..

    ReplyDelete
  10. dia pergi kita akan menyusul kemudia bekal macam mana

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah..setiap insan pasti kesana jua satu hari nanti..

    ReplyDelete
  12. Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return, alfatiha wat arwah

    salamm,

    ReplyDelete
  13. Uncle...rindu arwah jugak...semoga arwah tenag d sana...rindu uncle jugak...hehehe

    ReplyDelete
  14. al-fatihah

    ~btul tu mamai..rs mcm ada depan mata...

    ReplyDelete
  15. yes!! telah update blog..save the date ye:)

    ReplyDelete