Friday, March 19, 2010

dunia ini

dunia inikah yang semakin kejam
atau kita yang semakin zalim

dunia inikah yang semakin gila
atau kita yang semakin tidak siuman

dunia inikah yang semakin sempit
atau kita yang semakin haloba

dunia inikah yang semakin ganas
atau kita yang semakin tidak berilmu

dunia inikah yang semakin tua
atau kita yang semakin berusia

dunia inikah yang semakin kehujungnya
atau kita yang baru memulakan perjalanan

dunia ini bukan hanya ada kita
tapi bersama makhluk yang tercipta olehNya
yang berbeza pada akal yang mulia
namun kerap kita nampak lebih hina
menjarah,menjajah,melahap setiap benua
biar ada yang merana

dunia ini bukan milik kita
kita hanya seorang pegembara
yang sesat mencari jalan pulang
pada setiap persimpangan
sering kecundang membuat perhitungan
tengelam dalam jurang pada jalan yang terang

29 comments:

  1. yeahh uncle betol... kite sebagai manusia adalah khalifah di muka bumi.. so kite kene pelihara ape yang telah diciptakan utk kita.. kita harus sedar kita berkongsi dengan makhluk2 lain yg wujud di dalam dunia ni.. so sama2lah kita jaga..

    ReplyDelete
  2. dunia jadi begini kerana manusia yang berajakan nafsu...

    ReplyDelete
  3. manusia tanpa iman akan menjadi kejam.
    manusia tanpa akal akan menjadi zalim.
    manusia kini sudah hilang nilai kasih sayang sudah hilang keperikemanusiaan.
    lebih banyak bertuankan nafsu demi kepentingan diri di utamakan.
    tamakkan harta sampai sanggup menggadai nyawa saudara.
    gila pangkat sampai sanggup tinggalkan keluarga.

    ReplyDelete
  4. dunia ini, tidak kita wariskan kepada generasi muda, tetapi kita hanya meminjam daripada mereka.

    ReplyDelete
  5. "dunia ini bukan hanya ada kita
    tapi bersama makhluk yang tercipta olehNya
    yang berbeza pada akal yang mulia
    namun kerap kita nampak lebih hina
    menjarah,menjajah,melahap setiap benua
    biar ada yang merana"

    setuju dgn qoute yg ni...huhuhu

    ReplyDelete
  6. setuju :)
    manusia yang kejam
    dunia tak salah
    manusia yang mencorak dunia

    ReplyDelete
  7. dunia itu kan general..
    hak milik bersama..
    dan manusia itu plural..
    banyak rasa..

    ReplyDelete
  8. setuju jgk uncle....dunia xsalah...tp kita yg salah mencorakkn hidup kita...uwawwawa

    ReplyDelete
  9. Salam pcik.:)

    semoga kita semua dpat tunaikan tgunggjawab kita sebagai pegambara di dunia fana, insyaallah.


    jangan jadi kejam. huhu:P

    ReplyDelete
  10. hidup ini sentiasa samar...
    samar bila kita tiada arah tujuan sendiri....

    ReplyDelete
  11. erm...apa nak komen ye....

    re:...next time kau dataang, kita gi studio AJ ok.

    ReplyDelete
  12. kita semakin zalim krn merosakkn keaslian alam
    kita semakin tidak siuman krn membudayakan barat
    kita semakin haloba krn darjat menjadi ukuran
    kita semakin tidak berilmu krn nafsu bermaharajalela
    kita semakin berusia krn kedut dah timbul
    kita yg baru mulakan perjalanan apabila chy bertapak di ht.


    opsss!!masinnya sup nih..
    sup ini yg terlalu masin atau lidah eisen terlalu sensitif?

    hehe=)

    ReplyDelete
  13. manusia yang selalu bersalah pak cik..kita suka terlupa dan angkuh..

    ReplyDelete
  14. salam bro...sumenya salah manusia...kalo kiter berada dibulan jgn lupe rumput dibumi...eh!! ape aku ngarut ni...hehe

    ReplyDelete
  15. selagi kita hidup didunia ini..kita kena hadapi semuanya...

    ReplyDelete
  16. salam bro...moga sehat sejahtera disamping keluarga dn teman2..

    ~manusia bakal menerima habuan masing2 di akhirat nnti...beruntunglah siapa yg mendapat rahmat Allah...

    ReplyDelete
  17. Dunia ini tidak bersalah .. sebaliknya kita punca segala-galanya.

    ReplyDelete
  18. Kita adalah khalifah di dunia ini dan nafsu pulak jadi khalifah kita...
    PEACE...

    ReplyDelete
  19. best bro.. memang tepat dgn apa yg terjadi skrg nie...

    ReplyDelete
  20. aku lepak sini~
    besh gak

    ReplyDelete
  21. siapalah dunia tanpa kita yg mencorakkannya

    ReplyDelete
  22. manusia yg semakin berubah sebab mutasi :p

    ReplyDelete
  23. =)

    lama xsinggah.maap pak.letihnya membizikan diri dengan buku.kononnya.hahaha.

    ReplyDelete