Wednesday, January 6, 2010

sembang kedai mamak: sedihnya....

hari ke 6 minggu ke dua awal tahun 2010, oleh kerana ini hari pertama aku masuk kerja dalam tahun baru ini dengan keadaan yang tidak berapa sihat, maka ramai la staff aku nak belanja hari ini. macam orang tua-tua kata rezeki jangan ditolak. tapi sebelum makan aku dah warning kat dia orang semua yang apprisal dah aku submit so jangan la harap ada perubahan. maklum la dengar citer big boss nak bagi bonus hujung bulan ni, kalau betul alhamdulillah...

macam biasa bila breakfast mesti cari kedai mamak, seperti di sedia maklum kalau dah lepak kedai mamak memang banyak la benda nak sembang yer tak, tambah pulak kalau ada surat khabar free.

"boss, boss tengok nie dah dua tahun hilang baru sekarang dapat tangkap pencurinya"..staf aku yang biasa banyak mulut tu memulakan bicara.

"bagus la tu, itu menunjukkan polis kita ni cekap buat kerja"..jawab ku ringkas sebenarnya malas nak layan citer pasal benda alah yang hilang tu.

"tapi boss, yang hairannya cuma orang bawahan ajer yang buat kerja nie dah tu boss-boss dia orang tak tahu lak tu, apa boss dia orang tu semua buat"...sambung staff aku tu lagi

"buat tak tahu ajer la"...staf aku yang no dua tolong jawabkan

"kalau saya la boss, saya akan siasat boss-boss dia orang tu dulu sebelum siasat orang bawah dia. baru la next time boss dia orang tu selalu ambil tahu"..masih tak puas hati lagi staf aku yang pertama nie

"ya boss, macam boss siasat dia tu dulukan boss"..celah staf aku yang ketiga, aku tangok muka staf aku yang buka topic tadi berubah jadi masam, mungkin kopi dia kurang gula agaknya....

"ha! ni satu lagi nie boss, apa nak jadi la nie dulu cakap "Allah" tu hanya untuk orang islam ajer, tapi la nie kata semua orang dah boleh guna"..tiba-tiba staf aku yang ketiga tukar topik

"ya la boss, dulu kalau ada ajer kalimah "Allah" dibuat mainan di conteng sana sini pasti ramai orang islam yang marah silap hari bulan perang pun sanggup"..sambung dia lagi

"entah aku tak mahu campur hal nie biar mereka selesaikan sendiri"...jawab aku, sebenarnya aku memang malas nak banyak cakap hari ini nak pulak dalam keadaan kesihataan macam nie. pada pandangan aku perkara ini hanya mainan politik dan kita lihat siapa yang dapat untung dan siapa yang akan rugi nanti (yang pasti kita telah memperjudikan agama).

"kau masuk kerja hari ini kol berapa tadi". tanya aku pada staf aku yang ketiga tadi

"lewat boss kol 9.00 tadi...terlewat bangun la boss" jawab staf aku tu

"kalau dah lewat pasti tak sembahyang subuhkan"...soalku.

"Hmmm dia boss usahkan sembahyang subuh nak baca doa makan pun tak tahu"..dengan cepat sampuk staf aku yang mula-mula tadi. mungkin nak balas dendam pasal terkena tadi..

"biasa la boss muda lagi"..jawab staf aku yang ketiga tu

"kenapa kalau muda, kau dah tahu ke bila kau nak mati"...soal ku lagi, dan kali ini aku lihat semua muka staf aku menjadi kelat, mungkin mamak lupa letak gula kat dalam teh dan kopi agaknya maklum la gula sekarang nie dah naik harga....



p/s: kadang-kadang kita jadi marah bila kita lihat orang lain mempersendakan agama kita. tapi kita mendiamkan diri bila orang yang seagama dengan kita mempermainkan agama sendiri.

37 comments:

  1. paham2.. btl jgk kan... hurm... tulah manusia

    ReplyDelete
  2. yup, kita tak tahu bila kita akan mati...

    ReplyDelete
  3. agak2 diorg belanja lg x pak cik?

    ReplyDelete
  4. huu..dusss..pedih mnusuk kalbu..bley bgn lg x staff tu pastu?

    ReplyDelete
  5. gula mahal xle letak byk2.,

    **br nk ajak pakcik mkn secret recepi bday sok.hehe,, =P

    ReplyDelete
  6. mamai:)

    boss tu sume..
    kenap perangai camtu??
    alahai..s
    edihnya..
    macam mana negara nak maju??

    ReplyDelete
  7. uncle..mcm lama eny x berkunjung ke sini..
    nt eny aktif balik :)

    ReplyDelete
  8. speechless dah sy uncle..

    ReplyDelete
  9. kalau tahu bila nak mati, senang lah cerita nya kan?

    ReplyDelete
  10. ila setujuuuu....melawat pkcik jap....happu selalu tau..ihih

    ReplyDelete
  11. tu ler bro...org kapir ni xheran la pasai dia kapir...ni hat lahir2 dah islam tp mcm tk suka pd islam...aper cerrrr kan...huhuuudicryo

    ReplyDelete
  12. rai:
    la ingat tadi mamak lupa letak gula

    lea ixora:
    manusia nie berbagai ragam dan rupanya

    kay:
    ya kita tak tahu tapi kita kena ready betul tak

    cik cookie:
    kalau tak banjer alamat next year bonus kurang la hahahaha

    razman:
    bagun kalau tak aku kena buat kerja pulak hahahah

    master teddy:
    boleh kalau kamu ada kat shah alam pasti pakcik banjer

    miez hanem:
    bukan semua tapi segelintir...tapidi sebabkan yang segelintir nia merosakkan selalunya

    sItEDI:
    ya kalau kita tak ubah saper lagi nak ubah yer tak

    eny:
    uncle yang tak ada entry hahahaha bukan kamu yang tak aktif tapi uncle yang lesu

    jane:
    senyum ajer

    bias:
    boleh plan awal-awaltanah kubur mana nak di kebumikan hahahaha

    honeyBunny:
    kamu juga harus happy selalu

    abgBro:
    aku harap mereka tu semua sedar

    ReplyDelete
  13. padan muka
    huhu
    mentang2 la muda lagi
    itu la sebab dia Allah rahsiakan tarikh mati n kiamat
    kalau da tau awal2 senang la nak set timing bertaubat
    pakcik, get well soon!!

    ReplyDelete
  14. padan muka
    huhu
    mentang2 la muda lagi
    itu la sebabnya Allah rahsiakan tarikh mati n kiamat
    kalau da tau awal2 senang la nak set timing bertaubat
    pakcik, get well soon!!

    ReplyDelete
  15. itu yang sedihnya bro mamai
    org kita sendiri x nak pertahankan
    marah bila agama lain kata bukan2
    bila org sendiri .. nak wat lawak plk
    tak paham ....


    Muka kelat sbb tersentap!


    >>________<,

    ReplyDelete
  16. ... staff aku nak belanja hari ini. macam orang tua-tua kata rezeki jangan ditolak. tapi sebelum makan aku dah ...

    saya sentiasa menolak rezeki ... kalau tak tolak macamana nak masuk ke mulut.

    ReplyDelete
  17. mcm2 ha terjadi zaman skang nieh
    takut lak nak hidup kt bumi nieh.

    ReplyDelete
  18. ambik...
    kene btg idung sendiri
    hhehehe

    ReplyDelete
  19. bro..dari gaya penulisan bro yg sy amati..mmg bro berbakayt menulis..sblm ni sy silent reader je..hehe..bro xmo ke wat buku..sy ade contact..
    ~sori out of topic..

    ReplyDelete
  20. sokong lu!
    tgk og len sendakan agama kita,kita meradang,time yg seagama wat camtu..xdelak nk melatah tangkis senda dia tu...
    yg paling simple,"dah smyg ke blom?-jap2 agi la..lmbt agi abis waktu"

    ReplyDelete
  21. koyuki:
    terima kasih pakcik bertambah sembuh nie dalam perjalanan nak kerumah kamu..tapi laluan amat la lembab

    frodo:
    yang tak fahamnya mereka nie..tapi yang pasti ada yang akan ambil kesempatan

    al lavendari:
    ya betul kalau tak tolak macam mana nak masuk mulut yer tak heheheh lain la kalau kena suap...

    beautiful rose:
    jgn takut yang pasti kita kena tahu siapa diri kita dan apa tujuan kita

    abe long:
    kejap ajer tu lepas tu buat balik

    ReplyDelete
  22. salam....bro..


    terima kasih singgah anaklaut...

    ReplyDelete
  23. hoho.
    tegas bebenor pakcik ni.

    saya dah tak liat subuh lagi.
    hehe.

    insyaAllah berterusan.

    ReplyDelete
  24. lumut baca sampai habis...
    take care uncle..
    hmm

    ReplyDelete
  25. mm... tu la. ade yang sibuk mempertikaikan yang lain...tapi tak pernah pertikaikan diri sendiri ...

    ReplyDelete
  26. salam bro mamai..

    syafakallah.

    entry yg sgt bestt..hehe

    kdg2 dlm tk sedar, org islam sendiri mempermainkn agama..


    yusuf

    ReplyDelete
  27. hisham:
    malu la ehh,,,aku tulis untuk suka-suka ajer

    sekut tawar:
    salam ziarah...kita yang musnahkan agama kita sendiri bukan orang lain

    anak laut:
    terima kasih juga singgah sini

    paisey:
    tegas itu perlukan baru boleh maju hahaha semoga kamu terus maju

    lumut:
    terima kasih kerana baca

    O:
    nak ais tak

    sharingfoz:
    pasti belanjer

    mawar berduri:
    kita sering nampak salah orang tapi jarang nampak salah sendiri

    yusuf:
    inilah hakikat hidup kita ini

    siv:
    rilex la sikit-sikit ajer tu

    azza:
    gula tak baik untuk kesihatan

    ReplyDelete
  28. aku paling sokong ayat "Pesanan" kau tu!
    kita buat dont know je klu org seagama kita tak sembahyang, tu sbb org kafir senang lenang pijak kita dan 'guna2' kan kita..sbb kita jahil!

    harap2 utk diri aku sdri...jgn lah sampai tertinggal solat..sbb kita semakin dekat dgn ajal...kan??

    ReplyDelete
  29. mcm yg org selalu cakap la kan
    kuman seberang laut nampak
    tp gajah depan mata pun xnampak

    ReplyDelete
  30. tersengih bila baca entry ni

    ReplyDelete