Tuesday, January 19, 2010

panas dalam salju

suhunya dalam bilik hanya 18 darjah celcius diluar hujan gerimis menambahkan lagi kedinginan pagi,kala orang lain berjeket menahan kesejukan aku berpeluh kepanasan. ternyata kediginan pagi itu tidak dapat menahan kepanasan emosi aku biar puas aku cuba mengawal perasaan ini.

kala yang lain hanya diam membatu tanpa sepatah kata, tunduk membisu mengiakan apa yang dikata biar hati tidak bersetuju. namun aku bukan begitu menurut tanpa hala tuju prinsip aku bukan begitu. yang benar tetap benar dan salah tetap salah bukankah mudah begitu, tak perlu nak berdalih tak perlu nak berdebat.

kita belajar terima hakikat biar yang benar itu amat menyakitkan namun itulah ubat, untuk apa menipu diri hanya sekadar untuk merasa gembira sedang hati berkata ianya dusta. kelak nanti kita juga yang akan merana kerana kebenaran lambat laun terbukti juga.

andai salah kita terima hukumannya namun itu bukan penamatnya yang penting kita belajar dari kesilapan agar tidak mengulanginya,jika tidak sia-sialah hidup ini.

tidak bersetuju bukan bermakna kita tidak boleh bersatu, tapi itulah cara kita membina hidup yang lebih maju. hidup ini memang penuh dengan alasan namun akhirnya kita juga yang akan buat pilihan untuk kedepan, kebelakang atau tunggu untuk mati.

dalam sejuk menahan kepanasan, mulut ku tidak boleh ditahan sesuatu harus ku katakan, yang terpendam harus diluahkan. agar aku tidak bercakap-cakap di belakang, biar semua mata memandang namun itu bukan penghalang.

kini aku yang rasa kesejukan sedang yang lain merasa kepanasan, lupa ku katakan kepura-puraan itu lebih menyakitkan.



p/s: adakalanya bos juga perlukan bantuan sebab itu kita di ambil bekerja kerana percaya pada keupayaan kita. apa yang perlu jangan ambil kesempatan pada kelemahan orang lain.

23 comments:

  1. tidak bersetuju bukan bermakna kita tidak boleh bersatu, tapi itulah cara kita membina hidup yang lebih maju << mantap ayat nie huhu

    ReplyDelete
  2. hhuhuhuhuu very deep! agak susah nak cernakan n paham. apa pun, kita diambil bekerja tuk keje, di bayar gaji .. jgn curi tulang! kita work hand in hand!


    >>____<<

    ReplyDelete
  3. salam bro

    hakikat smmgnya pahit...tp itula hakikatnya

    hehe


    semoga sehat2 slalu

    ReplyDelete
  4. jimat la pakcik xyah nk beli sweater dah..ngeeeee~~

    ReplyDelete
  5. i support u... take as challange! for thing 2 change we must change 1st!

    ReplyDelete
  6. jangan ambil kesempatan dengan orang lain
    jangan jatuhkan orang kalau nak berjaya

    hehe

    ReplyDelete
  7. adakala bos juga perlukan kasih sayang..

    ReplyDelete
  8. salam bro...slalu bljr dari kesilapan adelah org yg sukses..tp saya ni asik wat kesilapan je tp x pnah bljr...

    ReplyDelete
  9. kalo kwn bleh kita beri teguran tp kekadang ngan boss ni.. dia akan sntiasa rasa dia betul.. yelah.. im the boss katanya, tp ada gak yg mesra pekerja

    ReplyDelete
  10. tak berapa paham! tapi bro mamai nampak yer seorang beprinsip teringt kata2 org bijak pandai

    org yg memgutamakan kepentingan daripada prinsip akan kehilangan kedua2 nya :P

    tb2 lak jadi bm!! google translator kut!!

    ReplyDelete
  11. bos pun manusia biasa gak...
    (^_^)

    ReplyDelete
  12. aku benci bos aku... tapi aku hanya kuli. suka tak suka kena jumpa dia juga

    ReplyDelete
  13. tak kira benang basah atau kering, kebenaran mesti tegak!

    ReplyDelete
  14. btol tu aku stuju...

    tp bos aku xpenah kisah pasal aku camne???

    ReplyDelete
  15. nak luahkan tu susah
    byk hati nak kena jaga
    =[

    ReplyDelete
  16. betul tu.belajar dr kesilapan sbb tu pelajaran yg plg berharga.btol x pakcik?

    ReplyDelete
  17. azuan:
    biar tak sama pandangan tapi masih boleh bersamakan

    frodo:
    ya kerja seiklhas hati dan jalankan tugas

    yusof:
    kita harus belajar terima hakikat

    imheppie:
    panasnya sekejap ajer....

    eny:
    susah juga nak mandi kat opis nie

    baginda:
    terima kasih kerana bersetuju

    koyuki:
    nak berjaya kena berusaha buka jatuhkan orang lain

    paradoks:
    bos yang kesepian

    hisham:
    itu yang tak bestnya tu

    maiyah:
    tak mengapa janji kita sudah tegur sama ada dia nak dengar atau tidak bukan masalah kita

    boneka:
    kita mesti ada prinsip dalam hidup ini untuk jadikan panduan

    kay:
    ya mereka serupa macam kita tapi punya sedikit kelebihan

    beruwang:
    jangan takut dengan bos mereka sama ajer dengan kita

    laki cikgu kimia:
    ya kebenaran tetap kebenaran

    O:
    kalau bos tak pernah kisah tu ada dua makna, pertama dia tak perlukan kita kedua dia percaya kita pilih ajer mana satu

    laila:
    memang susah nak jaga hati semua orang tapi diri sendiri juga harus di utamakan

    ReplyDelete
  18. yes..tegur je klu ada kesalahan..tapi biar tahu cara menegurnya..di samping hadiahkan sebuah senyuman yg manis hehehe

    ReplyDelete
  19. tiba2 teringat sweater yg baru dibeli ahad lepas!

    xD

    ReplyDelete
  20. master teddy:
    ya kamu seorang yang pandai

    mkadm:
    ngah rebel nie

    zia:
    kena letak gula ker unutk nampak manis senyuman

    jaja:
    nak pinjam boleh

    ReplyDelete
  21. Kita berhibur jap dengan pantun di bawah, hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    Dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’

    ReplyDelete