Thursday, January 7, 2010

mahu apa lagi

sudah kau singkap segalanya
telah kau telanjangkan semuanya
malah kau kupas tiap kulitnya

mahu apa lagi kau darinya
segala yang kau ada anugerah darinya
tidak pernah kau memberi selain dari menerima

segalanya kau kutip biar sebutir zarah
lalu apa yang kau tinggalkan
selain dari sebuah kemaluan

biar dari sudut mana kau tinjau
walau dari celah mana kau intai
dia tetap yang sama
memberi tak pernah menerima

21 comments:

  1. ermm..manusia tak pernah puas, masih mahu dan mahu lagi..isk!

    ReplyDelete
  2. kita mudah lupa dan leka...
    dia layan kita sama rata..
    sentiasa memberi tanpa kira siapa kita..

    ReplyDelete
  3. nak telanjang kan sape ni..
    hehehe....

    tak salahkan kalau kita nak lebih..
    yang penting kita usaha

    ReplyDelete
  4. CC xnah puas.
    mesti buat samapi dapat.

    yang penting maksud pakcik dalam mehhh

    ReplyDelete
  5. itu lah mnusia..xpernh bersyukur..demand lak...

    ReplyDelete
  6. betulll..kadang2 ketidakpuasan membuat kita rendah diri..kadang2 laa..

    ReplyDelete
  7. nursarah:
    sifat tak puas itu baik untuk majukan diri tapi salah langkah jahanam diri

    imam:
    lupa itu satu nikmat tapi jgn buat-buat lupa

    ber_uwang:
    kena fikir lagi bro

    O:
    tapi masih kena berusaha lagi

    bulan:
    telanjangkan orang

    cik cookie:
    itu satu sifat yang bagus berusaha jgn mengalah

    honeybunny:
    so kena salalu bersyukur

    sha:
    puas sampai bila kita akan puas

    eny:
    ya mungkin juga

    triple x malaya:
    lu jgn bawa camera pulak

    sItEDI:
    itu sepatutnya

    ReplyDelete
  8. nursarah:
    sifat tak puas itu baik untuk majukan diri tapi salah langkah jahanam diri

    imam:
    lupa itu satu nikmat tapi jgn buat-buat lupa

    ber_uwang:
    kena fikir lagi bro

    O:
    tapi masih kena berusaha lagi

    bulan:
    telanjangkan orang

    cik cookie:
    itu satu sifat yang bagus berusaha jgn mengalah

    honeybunny:
    so kena salalu bersyukur

    sha:
    puas sampai bila kita akan puas

    eny:
    ya mungkin juga

    triple x malaya:
    lu jgn bawa camera pulak

    sItEDI:
    itu sepatutnya

    ReplyDelete
  9. kali saya saya tak berani nak masuk campur bila melibatkan soal kema..an !

    ReplyDelete
  10. malu la kena telanjang
    T.T

    lebik baik kita menjadi penerima saja

    ReplyDelete
  11. selain dari sebuah kemaluan...

    ahak ahak ekekekeke...

    ReplyDelete
  12. itulah manusia..dah dapat yang ini..nak yang itu pulak..tak kan pernah bersyukur dan puas

    ReplyDelete
  13. memneri memang sangat baik dari menerima..=)

    ReplyDelete
  14. kan tangan yg di atas lebih baik drp tangan yg di bawah....
    (memberi ler dgn ikhlas)

    ReplyDelete
  15. DAH TAK TAU NAK PUASKAN HATI ...
    SUME BENDE TAK PUAS MANUSIA NI

    MCM NE NAK PUAS KALO HATI TU TAK PUAS-PUAS...NAK MEMUASKAN HATI TAK PIKIR KEPUASAN ORG...MCM TU LAH

    ReplyDelete