Friday, January 22, 2010

kasih sayang mana taruk

aku pinjam word nie dari brader yang baca puisi masa plore di CM bulan lalu. besar makna word nie pada aku especilly pada team paradoks.

aku dah lama tak baca surat khabar sealiran, tapi entah macam mana pagi ini boleh terbaca pulak surat khabar ini dan aku jadi marah dan sedih dengan berita ini



hati aku jadi sedih dengan makcik ini, aku tak tahu apa masalah yang dia hadapi dengan anaknya. dan apa pula masalah anaknya yang membuatkan dia bertidak sedemikian. walau apa juga masalah yang dihadapi tapi perbuatan anak ini amat aku tak boleh terima.

biar bertapa teruk atau hinanya ibu kita namun mereka masih lagi ibu, ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. ibu yang membesarkan kita dengan kasih dan sayang. ibu yang menghalalkan susu yang kita minum dari badannya ketika kita kelaparan.

ya mungkin kita berkata, bukan kita yang pinta untuk lahir ke dunia ini namun harus kita ingat tiada siapa dapat menentukan apa yang akan terjadi.

jika benar kita tidak minta dilahirkan ke dunia ini, mengapa tidak sahaja kita pisahkan nyawa kita dari jasad.



ini mak aku dan aku sayang mak aku, bila baca berita ini terasa aku ingin balik kampung sekarang juga, aku ingin peluk dan cium mak aku, aku ingin minta ampun dari mak aku atas segala kesalahan aku. kerana aku pernah terasa hati dengan mak masa aku remaja dulu.

aku ingin berterima kasih dengan mak aku, walau aku rasa aku bukan yang terpilih namun aku sedar mungkin itu perasaan aku sahaja dulu. berkat kasih dan didikan mak aku kini mampu berdikari, aku mampu menyara isteri bersama tiga orang anak yang aku kasihi. kini aku faham perasaan menjadi seorang ayah dan aku faham bagaimana menjadi seorang ibu yang sering mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

buat kamu yang bergelar perempuan kala kamu mengahwini seorang lelaki dan bergelar isteri maka terputus la hubungan kamu dengan ibu dan bapa kamu, benar kamu harus mematuhi perintah suami namun tidak bermakna kamu tidak boleh berbakti buat kedua ibu dan bapa kamu.

dan buat kamu yang bergelar lelaki kala kamu mengahwini seorang perempuan dan begelar suami maka bertambahlah tanggungjawab kamu. haruslah kamu ingat tanggungjawab kedua ibu dan bapa isteri kamu adalah di atas bahu kamu terutama bila isteri mu tiada adik beradik lelaki.

buat isteri ku, yang juga bergelar ibu ingin ku ucapkan terima kasih kerana kesabaran dan hormat mu ke atas ibu ku dan kasih sayang mu terhadap anak-anak ku.

buat mereka yang bergelar isteri, terima kasih aku ucapkan kerna kesabaran kamu dlam melayan kerenah mertua mu, harus kamu ingat hormat mereka sama seperti kamu hormat akan kedua ibu dan bapa kamu. dan pasti pengorbanan kamu adalah ganjarannya di kemudian hari...

dan buat lelaki bergelar suami, hormat la isteri kamu sebagaimana kamu menghormati ibu kamu.

34 comments:

  1. hari tu ada kes anak tinggal ayah kat bus stop kan?
    haihh macam2 la manusia skrg

    ReplyDelete
  2. tetibe rase nk balik kg gak jmpe mak..

    ReplyDelete
  3. hurm ada baca juga pagi2 tadi!
    bagus la baca entry nie xselalu blogwalking tapi xsia2 lah baca banyak iktibar dan nasihat yg patut xperlu kut di ingati

    hai.. harap2 la aku tak camtu!! jgn lah ahrta dan dunia me,butakabn hati

    ReplyDelete
  4. yeahhhhhh ... itu dia!! ibarat membaca nasihat lukman hakim kat anaknya. Sangat mnyentuh hati bro mamai!!! very deep!!

    Semoga kita jauh dr menjadi anak derhaka.

    ReplyDelete
  5. Salam...Mamai..

    Tah ape nak jadi la ngan dunia sekarang nie... anak dah lupa jasa2 mak.... saya ada mak lagi ayah dah tak de... kurang la pahala sikit kan tak dapat berbakti pada bapa...terima kasih menyanjungi insan yang bernama isteri...

    ReplyDelete
  6. aku pOn da puas maki hamun anak beliau..
    nauzubillahiminzalik..
    kami xmahu jadi DERHAKA

    ReplyDelete
  7. terharu baca

    terima kasih pakcik
    kerana meletakkan kaum perempuan di suatu tempat yang tinggi di hati pakcik

    ReplyDelete
  8. oh ibu,kau di siram bayu pagi...kehilangan terasa kini dan aku bagai tanah kegersangan..lalalala

    ReplyDelete
  9. perempuan tu akan sedar bila anak dia buat camtu nanti..

    ReplyDelete
  10. huhuhu.
    mcm suwit pulak ucapan pakcik kat akak.
    ;p

    ReplyDelete
  11. sedihhh...anak tu xpk siapa yg membesarkan dia...eeeeeeeeee geram....

    ReplyDelete
  12. eny:
    nanti lepas bejar dah keja baru kawin yer jgn lupa jemput pakcik

    pc:
    mmg kejam

    situasi x:
    tiada hati dan perasaan

    laila:
    dunia semkin kejam

    master teddy:
    heheheh study dulu

    boneka:
    semoga kita di jauhkan dari bersikap sedemikian rupa

    frodo:
    sekadar mengigatkan diri sendiri

    atie:
    saya juga sudah tidak berbapa tapi masih kita boleh berbakti kepada mereka dengan hulurkan doa

    ilham becks:
    semoga kita dihindarkan dari perkara sedemikian

    koyuki:
    sesungguhnya perempuan tempatnya memang yang tinggi

    saerah:
    salalu la kita berdoa untuk mereka

    razman:
    pasti akan ada balasan

    siv:
    hehehehe pandai la kau

    ila:
    kita jangan jadi begitu yer

    ReplyDelete
  13. simpati buat ibu itu..
    sgt jaoh perjlnn..
    wahai anak,kejam dan zalim perbuatan kau itu..insaflah
    ni yg tetb rs rindu kt fmly nih..

    ReplyDelete
  14. dunia punya cerita,,, ada macam macam bukan..

    ReplyDelete
  15. huhuhuhuhuhu~

    sedihnye..
    kenapa ye manusia ni tak pernah nak hargai apa yg mereka ada..beruntunglah dan bersyukurlah krana mreka masih punyai ibu bapa..tp kenapa layan ibu cmtu??

    tak hairan ramai mak bapak skrg bunuh anak sendiri sbb agaknya depa tau dah kot anak depa akan jd camtuh..

    mmmmm
    saya harap suami saaya nnt dapat sama hormati ayah saya sbagaimana saya hormati suami dan keluarganya dgn pnuh ketaqwaan..

    ..sory pkcik pnjg komen..emo

    ReplyDelete
  16. dah akhir zaman memang bnyk benda pelik kan..

    ReplyDelete
  17. Mahalnya harga yang perlu dibayar atas sikap cetek akal fikiran dan tiada perasaan manusia.

    Lepas ni, satu perniagaan yang akan mendatangkan keuntungan lumayan seperti di US adalah rumah orang tua-tua.

    ReplyDelete
  18. beskot:
    kena balik rumah tu hahaha bukan jauh pun

    maiyah:
    tapi kena tengok juga

    paradoks:
    ya ada macam-macam...

    bias:
    heheheh lu anak mak ka

    azuan:
    jom balik kampung

    jane:
    semoga semuanya baik buat kamu

    soleha:
    sudah makin hujung dunia kita ini

    grunge:
    tak mustahil ianya berlaku

    wanita itu:
    kita balik kampaung

    ReplyDelete
  19. mom is everything.....love my mom so much!

    ReplyDelete
  20. sdh plak bace entry nie... huwaa.. rindu kat mak.. dl selalu lawan2 ckp mak n gdh2 ngn mak.. bile dh dewasa sket nie br tahu perasaan seroang ibu n wanita... bsr2 ni br nk baik2 ngan mak... i love my mum.. entry ni wt ingt kg je.. huhu

    ReplyDelete
  21. salam...
    blogwalking sambil bce entry ini.
    sgt menyentuh hati.tergamak buat mcm tu? memg manusie kejam y tak berhati perut! sy benci org y mcm nieh.

    huhuh lme giler x msuk blog pakcik mamai nieh.agak bz ohh.... =(

    ReplyDelete
  22. ibu2..engkaula ratu hati ku..bila ku berduka engkau hiburkan ku selalu..hehehe..sayangilah ibu bapa kita..kekasih boleh dicari ganti tetapi ibu tetap satu..

    ReplyDelete
  23. Salam Mamai,

    "ada benarnya nasihat saudara itu, terima kasih atas catatan yang baik ini".

    ReplyDelete
  24. masa baca kisah ni saya menitiskan airmata..teringat pada mak..rasa sekuman pun tk mahu lukai hatinya..

    (tapi hati sy sebagi seorg ibu dilukai teramat parah oleh seorg anak..sedihnya hti hnya Allah yg tahu)

    ReplyDelete
  25. beb...sebelum lupa...wa nak wish lu....HEPI BIRTHDAY.....wawawawa...slamat jadi tua.....hehe...mesti queen angin ngan gua...

    ReplyDelete
  26. aku rindu mak aku...=(

    ReplyDelete