Friday, December 18, 2009

lima dalam satu: hijrah

Pertama:
rasanya masih belum terlalu lambat untuk aku ucapkan salam ma'al hijrah kepada semua, semoga hijrah tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua. dalam kita mengharungi hidup seharian. segala apa yang berlaku pada masa lalu kita jadikan tauladan sama ada baik mahu pun buruk....kita hijrah minda kita

kedua:
rasanya masih juga tidak terlewat untuk aku ucapkan tahniah pada kejayaan pasukan bola sepak kita yang meraih pinggat emas dalam sukan sea. bila berjaya menewaskan vietnam 1-0. penantian 20 tahun rasanya berhasildan harap bola sepak malaysia juga turut berhijrah tahun ini.

ketiga:
hmmm dalam sibuk kita sambut ma'al hijrah nie aku terkejut juga bila terbaca berita yang pasti tak keluar dalam berita perdana. katanya RM600 ribu telah dihijrahkan ke dubai atas nama isteri Pak Menteri tu. wah sungguh bijak kepala otak isteri Pak Menteri berniaga daripada Pak Menteri sendiri yer.

keempat:
semenjak kerajaan Perak berhijrah dari tangan PAS kepada tangan BN secara rampas, cerita kat perak sentiasa panas. baru-baru nie dengar khabar semua ajk masjid yang dilantik PAS dulu telah dibuang dari senarai. hmmm masih tak berhijrah lagi minda kepala otak orang politik nie

kelima:
yang ini aku sentiasa pelik dan tak paham dengan sistem perundangan Malaysia. aku tak pasti siapa lebih tinggi antara mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan. setiap kali mahkamah tinggi buat keputusan, bila kes berhijrah ke mahkamah rayuan pasti ada pembatalan terutama bila melibatkan kerajaan. tak tahu siapa yang perlu buat penghijrahan kat sini sama ada sistem perundangan kita or orang dalam sistem itu. tapi yang aku pasti kita harus ada hijrah untuk pemerintahan sekarang ini.

28 comments:

  1. uncle..join ni!

    http://helenalatisha.blogspot.com/2009/12/okeh-contest-sampaicome-n-join.html

    ReplyDelete
  2. http://helenalatisha.blogspot.com/2009/12/okeh-contest-sampaicome-n-join.html

    join ni uncle..

    salam maal hijrah!

    ReplyDelete
  3. 0rang p0litik..memang cmtu..

    erk..hu3

    ReplyDelete
  4. salam maal hijrah...
    thniah buat pasukan bola...

    dalam malaysia yang paling tinggi adalah org yang berjawatan tinggi + berpengaruh.. undang2 pun boleh tunduk pada dia

    ReplyDelete
  5. saya suka yang kedua..tahniah kepada malaysia..yang lain saya tak amik tau,,saya buta politik..hehehe

    ReplyDelete
  6. bila nak hijrah dari tido sorang ke tido berteman.. ahaks

    ReplyDelete
  7. dengar jgk brita yg ke3 tu..
    tp kurang mngerti..

    jom la behijrah ke teganu..
    hujan kembali lg mggu ni..
    adoiii...

    agagaga~

    ReplyDelete
  8. eny:
    malu ler uncle tak pandai dank berposing ne

    sha;
    nak kna orang politik ut

    bulan:
    benar tu ada pangkat ada harta ada duit semua jadi

    imam:
    ambil tahu sikit-sikit ajer

    beruwang:
    bagus tu cepat la cari calon..akujadi bestman

    siputihpurpple:
    bila nak balik auckland nak juga pie ganu tu

    ReplyDelete
  9. salam maal hijrah
    saya da lama give up pasal politikus
    buta hati

    ReplyDelete
  10. salam maal hijrah
    dah siap azam baru?
    semoga tahun ini menjanjikan yg lebih baik dari sebelumnya..
    doakan nur ye..

    ReplyDelete
  11. mahkamah persekutuan

    mahkamah rayuan

    mahkamah tinggi


    rasanya kalo xsilap aku..gitu lah turutan nya.

    ReplyDelete
  12. marilah kite bersme2 berhijrah ke arah kebaikkan......

    ReplyDelete
  13. sakik kopalo den pikir tontang politik niaaa :D

    ReplyDelete
  14. Salam Maal Hijrah bro..byk benda perlu berhijrahkan..

    ReplyDelete
  15. masih tunggu pantun contest mamai

    ReplyDelete
  16. salam maal hijrah pkcik..politik oh politik...huuhu

    ReplyDelete
  17. nobuta:
    hidup penuh dengan politik

    koyuki:
    kit ambil tahu sedikit agar tidak tertipu

    nur:
    pasti bro doa yang terbaik untuk nur semoga tahun baru membawa lebih kebahagiaan

    abe long:
    apa fungsi makah rayuan dan apa fungsi mahkamah tinggi dan bagaimana pula mahkamah agung

    beautiful rose:
    ya mari kita berhijrah kepada yang lebih baik

    maiyah:
    memang amat memeningkan tapi kena juga pikir

    bias:
    mungkin kita kena faham

    eiza:
    ya kita mulakan dengan hijrah minda

    che la:
    tak pandai nak berpantun la

    honeybunny:
    salam ma'al hijrah juga politik dan dunia tak dapat dipisahkan

    ReplyDelete
  18. semua orang cakap "aku nak berhijrah"
    sekadar cakap cakap kosong atau betul2 nak berhijrah..aku tak tau lah..

    kalo takat body je hijrah satu tmpat ke tmpat lain, tapi otak takat lama..serupa tak yah hijrah.

    minda ken ekasi tukar. itu yang penting

    ReplyDelete
  19. salam maal hijrah 1431...
    hepi for malaysia..:)
    x sgka plak istri mntri camtuh..huhu

    ReplyDelete
  20. seroja:
    ya setiap niat perlu disertai dengan perbuatan

    armoris:
    so far alhamdulillah mereka semua selamat

    sufy:
    banyak yang macam tu

    ReplyDelete
  21. hahahah...mah ka mah filem 'anak bapak'...

    ReplyDelete
  22. wah, RM600k.. gila lah, tapi betol lah kan, orang besar banyak guna duit rakyat, hampas kan

    ReplyDelete
  23. Aslmualaikum


    salam maal hijrah bro..



    yusuf mujahidin

    ReplyDelete