Tuesday, December 22, 2009

hilang

hilang bom, tak sangka
hilang model, tak sengaja
hilang perisik, terpaksa
hilang kerusi, luar biasa
hilang engine, peduli apa
hilang duit, perkara biasa
hilang saudara, sudah diduga
hilang kawan, lumrah dunia
hilang maruah, tiada mulia
hilang akal, ke hospital bahagia
hilang nyawa, dosa dan pahala dibawa bersama
hilang iman, neraka jawapanya


p/s: hidup ini selalu kita kehilangan, namun yang peritnya bila kita hilang harga diri kerana semuanya akan turut hilang

37 comments:

  1. hilang dalam terang!! :)

    manusia ni kadang2 harga diri org lain dia nampak.. harga diri sendiri.. buat tak tau jek..

    kalau org lain rasuah nampak.. kalau diri sendiri.. cop bersih.

    he he he

    ReplyDelete
  2. hiLang..jom wat misi mencari beramai-ramai....

    ReplyDelete
  3. hilang kaki tak bejalan le kita :D

    ReplyDelete
  4. hilang dan kehilangan dua bende yang berbeza.. sila renungkan pakcik mamai.. hahah

    ReplyDelete
  5. hilang ntah kemana..kekadang saje buat2 hilang. pada hakikatnya tak hilang..yang muncul akan hilang dan yg hilang akn muncul..
    ~semalm enjun jet hilalng..tp baru smlm kuar berita..tp isu tu dh lame..

    ReplyDelete
  6. bila hilang, aku masih degil mahu mencari.

    degil.

    degil.

    ReplyDelete
  7. betol2..selalunya satu jari yg kita tunjuk kat org.. 4 jari lagi tuding kat kita balik..

    ReplyDelete
  8. hehhehe
    sokong TEDI..;)

    paling payah biler da hilang baru nak cari

    waktu ada selalu buat2 x ada..

    ReplyDelete
  9. enjin jet pun boleh ilang, mamai..
    kelakar betui kan?

    ReplyDelete
  10. 2 enjin jet ilang bro...rega nye 200 jota waahuhuu..

    ReplyDelete
  11. hidup ini mudah jika kita bijak membuat pilihan.ingat...
    “jika kita menanam padi, rumput juga akan tumbuh.
    tetapi jika kita menanam rumput, padi tidak akan tumbuh.

    so kejarlah akhirat, nescaya kita akan perolehi dunia juga,
    tetapi kejar dunia, akhirat tidak langsung kita gapai.”

    (^_^)hargai harga diri!

    ReplyDelete
  12. heh
    terasa la plak
    saya hilang hati~

    ReplyDelete
  13. uncle..eny belajar dr uncle berpuisi ;)

    ReplyDelete
  14. hilang maruah diri dan harga diri,
    lebih baik mati..

    ReplyDelete
  15. harga diri sama dengan maruah kan?

    ReplyDelete
  16. tapi org suke rendahkan n jatuhkan maruah org len..buat aku sedih~

    ReplyDelete
  17. jgn lepas nie internet hilang dah ler hu hu

    ReplyDelete
  18. dan aku masih mencari sesuatu yang hilang itu..

    aku suka idea ko ni..penuh makna

    ReplyDelete
  19. bila hilang..kita report polis..hehehe

    ReplyDelete
  20. kena cari balik
    pastikan jumpak
    :)

    ReplyDelete
  21. ila juga hilang buat seketika n kembali membaca puisi2 pak cik...ngeh3

    ReplyDelete
  22. kerana harga diri yang paling bernilai... jgn biar org pijak kita

    ReplyDelete
  23. dah hilang susah pula nak dicari ganti..

    ReplyDelete
  24. hilang kawan..tersa dihati..hilang saudara takan ada ganti,,

    ReplyDelete
  25. sItEDI:
    hilang dalam terang yang bahaya tu

    iva:
    panggil orang kampung

    maiyah:
    kita ada kerusi rodakan

    fhad:
    ya kehilangan dan hilang memang tak sama tapi kena tengok ayat juga

    hisham:
    patah tumbuh hilang berganti

    lord zara:
    tak apa teruskan mencari

    eiza:
    empat jari tu walau menunjuk kediri kita biasanya orang tak nampak

    miez sha:
    kalau tak hilang tak pulak kita menghargai

    rozita:
    masa tu tak ada orang ambil peduli

    abgBro:
    200 juta wah cukup untuk menanpung hidup orang yang miskin kat negara kita nie

    akupentoi:
    putus nafas tu

    kay:
    ya benar tapi biasanya yang senang itu selalu disusahkan

    koyuki:
    hilang hati bahaya tu

    fatin:
    thank you

    eny:
    kamu sudah pandai ya

    anak laut:
    betul itu...tiada makna kalau tiada harga diri

    sha:
    ya sama kot

    rauin:
    adat dalam dunia ini

    caluk:
    ilang internet maknanya hilang la kawan

    ReplyDelete
  26. hilang kawan daku merana
    hilang kekasih cari lain saja...hahahaha..


    bolehkah??? ekeke

    ReplyDelete
  27. seroja:
    pasti kau akan jumpa jikakau tahu ke mana hilangnya

    imam:
    ya polis pun dah naik pening

    noorlaila:
    pasti akan jumpa jika kita usaha mencari

    honeyBunney:
    ya pakcik perasan kamu hilang kemana pergi

    bulan:
    tetapkan iman pasti kita tidak akan hilang harga diri tapi di hormati

    finaz:
    pasti ada yang ganti

    erna:
    tapi bila tiada harga diri mereka tak kisah hilang saudara dan kawan

    aloy:
    jelas sekali

    zulkefli:
    mungkin juga akan hilang satu hari nanti

    adibah:
    tak apa sekajap ajer

    ReplyDelete
  28. seroja:
    pasti kau akan jumpa jikakau tahu ke mana hilangnya

    imam:
    ya polis pun dah naik pening

    noorlaila:
    pasti akan jumpa jika kita usaha mencari

    honeyBunney:
    ya pakcik perasan kamu hilang kemana pergi

    bulan:
    tetapkan iman pasti kita tidak akan hilang harga diri tapi di hormati

    finaz:
    pasti ada yang ganti

    erna:
    tapi bila tiada harga diri mereka tak kisah hilang saudara dan kawan

    aloy:
    jelas sekali

    zulkefli:
    mungkin juga akan hilang satu hari nanti

    adibah:
    tak apa sekajap ajer

    ReplyDelete
  29. Aku sekarang pon dah mula "ilang ilang"

    heheheh!

    ReplyDelete