Monday, October 12, 2009

tenanglah wahai hati

wahai hati tenanglah dikau
sesungguhnya itu hanya ujian
usah dituruti bisikan syaitan
kelak kemusnahan melanda diri
sesal kemudian tidak bermakna lagi

wahai hati tenanglah dikau
benci itu sifat yang keji
bersamanya iblis menyertai
kesesatan itu amat disukai
usah kau robek iman yang nipis ini

wahai hati tenanglah dikau
kemaafan itu sifat terpuji
usah kau tambah titik hitam di sini
anggaplah kesilapan itu kelemahan diri
kepadaNya kita berserah agar diberkati

wahai hati tenanglah dikau
biar setenang air di kali
sejuknya mendamaikan sekali
riaknya membias amarah ke tepi
sujudlah dikau pada Ilahi

p/s: adakalanya kemarahan ini menguji kesabaran hati, ingin sahaja ku laungkan kebencian ini tapi untuk apa jika tidak dimengerti.andai kebencian ini menguatkan diri aku rela terima agar tiada yang merana sesungguhnya itu lebih bermakna

35 comments:

  1. jangan di turutkan hati yang benci kelak diri yang rugi. jangan di istiharkan perang, kelak diri terkenang2. jangan ikutkan amarah, ia tidak ada penyudah.

    ReplyDelete
  2. kejahatan dibalas kejahatan itu adalah dendam..

    kebaikan dibalas kebaikan itu
    adalah perkara biasa..

    kebaikan dibalas kejahatan itu
    adalah zalim..

    dan ...

    kebaikan dibalas kejahatan itu adalah yang paling mulia..

    p/s:

    wahai hati yang sedang amarah
    tenanglah ...
    setenang kesepian malam
    wahai hati yang sedang amarah..
    dingin lah..
    sedingin titik titik hujan..

    :)

    ReplyDelete
  3. best..thumb up!!

    semoga hati2 ini tenang~

    ReplyDelete
  4. eny patot bc ney b4 manifesto td..
    sgt berdebar2..apa yg nk ckp x terkeluar:)

    ReplyDelete
  5. sdr ku...hendaknya begitu lah...tenang dan sabar, biar apa pun trjadi kita tetap pertahankan bukit uhud ini...:)

    ReplyDelete
  6. wahai hati tenanglah dikau dari perangai manusia..

    sesungguhnya ak sedang sakit hati...huhu

    ReplyDelete
  7. tenang hati saya baca sajak pakcik ni... tp susah la pakcik bila nk memberi kemaafan ni... susah seperti meminum air menggunakan straw yang bocor...

    ReplyDelete
  8. banyakkan istigfar.. semoga hati yg gundah menjadi tenang!! InsyaAllah

    p/s : Bob camne?

    ReplyDelete
  9. al lavendari:
    benar sungguh madah mu itu wahai al lavendari..usah diikut amarah di hati

    mamamin:
    semoga hati ini akan lebih tenang seperti malam,sejuk seperti rintik hujan

    lumut:
    tenangkan hati kamu juga ya agar semuanya lebih cerah

    eny:
    ya sweetbutterfly harus lebih tenang mengahadapi audince

    abgBro:
    sama-sama kita berjuang bro

    azzaliena:
    perangai manusia itu memamng berupa sabar itu satu yang mulia

    imheppie:
    pakcik marah kat diri sendiri ahaks

    raihan:
    memang susah tapi jika kita usaha dan bersabar pasti akan berjaya dan kita akan rasa manisnya, pakcik tahu apa yang kamu lalui

    ReplyDelete
  10. jangan marah2..tenangkan hati anda..
    esok jumpa lagi kat blog dgn mood mamai yg happy okeh!!

    ReplyDelete
  11. oopsss pembetulan

    * kejahatan dibalas kebaikan itu
    adalah yang paling mulia..

    heeee... soriii

    ReplyDelete
  12. owh yeah..

    kemarahan itu api syaitan..jgn diikutkan sangat..

    hadapi dengan senyuman..

    senyum banyak2..nanti syaitan tu larik

    =D

    ReplyDelete
  13. Kekadang marah tu perlu. Kata orang, usah pendam rasa marah. Luahkan...

    p/s: pi jerit kat atas bukit...huhuhuuu

    ReplyDelete
  14. kemaafan dendam yang terindah...~~pinjam lagu aishah... :)

    sabar ye pakcik......

    ReplyDelete
  15. SItEDI:
    yan aku sedang belajar agar lebih bertenang...

    bob dah okay sikit

    fadzilah:
    terima kasih nanti akan kembali dengan ceria...

    mamamin:
    tak mengapa aku faham apa yang hendak di samapaikan

    koyuki:
    satu teori yang bernas aku juga jarang senyum patut syaitan suka kot

    sulela:
    aku nak menjerit atas bukit tu tapi takut pulak kena kejar nanti ahaks

    kay:
    aku sedan berusaha ke arah itu

    miera:
    ya lagu itu sungguh indahkan suka dengan liriknya

    ReplyDelete
  16. moga kita semua tenang..
    dan dpt tersenyum biarpun dilanda ombak yg menggila..

    cewah...
    ayat nur ni tak bleh blah betul..
    hikhik

    ReplyDelete
  17. huhu,

    tadi sy pun sedang bengang..

    dah tenang baca entry nih..

    mekacih

    ReplyDelete
  18. amin..semoga hati kembali tenang ya..

    ReplyDelete
  19. hati akan tenang jika tiada kekacauan ....hahhahaha....so sbr itu mmg amat pntg...hatiku juga tng bca entry pak cik..ihihi

    ReplyDelete
  20. amin..semoga hati kita semua ditenangkan..

    ReplyDelete
  21. kene slalu pujuk hati cam sy ler, manja hati nih slalu nak kita bik perhatiannya :)

    ReplyDelete
  22. nur:
    okay tu cair hati bro baca

    nursarah:
    thanks for visit semoga kita akan lebih damai

    soleha:
    ya semoha hati ini kembali mendapat ketenangan

    honeyBunney:
    suka pakcik jika kamu juga turut tenang..

    maiyah:
    ya hati ini kena selalu di manjakan agar dia tidak memberontak

    ReplyDelete
  23. ikut hati mati. ikut perasaan?

    hmm sabar ye .. salam..

    ReplyDelete
  24. buat hati.. jangan jadi mati dengan memaki.. tapi perbaiki hati dengan ayat2 suci.. supaya hati jadi lebih suci dari serbuk pencuci daki,,,

    sabar bro.. saya tahu mamai ni penyabar orangnya..

    ReplyDelete
  25. akn ku tenangkn ati nih..
    cayalah mamai..
    best..

    ReplyDelete
  26. ftyyhahh:
    kalau ikut perasaan boleh jadi gila dik oi hehehehe sabar ajer la

    ubaidillah:
    aku belajar agar menjadi lebih sabar

    bulan:
    mati tak mau lom benar bersedia lagi

    aku beskot:
    ya mari kita bersama-sama tenangkan hati

    azrul amigo:
    salam ziarah terima kasih

    ReplyDelete
  27. Aiii ... jangan ler menci2. Uhuk uhukkkk!

    ReplyDelete
  28. wahai hati
    tak tau apa nak komen
    wahai hati..
    baca je lah senyap2

    ReplyDelete
  29. tenang lah wahai sahabatku....senyum untuk kau...:-)

    ReplyDelete
  30. dalam hati ada taman.jadi penuhi dgn kegembiraan.

    ReplyDelete
  31. wahai hati ~

    tenanglah dikau ...

    bro mamai bnyakkan bersabar!

    wahai hati >>> berhati-hatilah


    >____< peace!

    ReplyDelete