Tuesday, October 27, 2009

bila banyak berkata

bila banyak berkata
buat kita terpesona

bila banyak berkata
sehingga kita terleka

bila banyak berkata
ada janji kita tak dikota

bila banyak berkata
ada hati sering terluka

bila banyak berkata
ucapan maaf tidak bermakna

bila banyak berkata
jarang akal diturut serta

bila banyak berkata
yang cerdik itu kita

bila banyak berkata
hak yang lain tidak dikira

bila banyak berkata
setiap dosa itu pahala

bila banyak berkata
berjanji tentang syurga

bla banyak berkata
kita juga yang ke neraka

bila banyak berkata
kita terlupa siapa yang Esa

bila banyak berkata
diam itu adakalanya sempurna



p/s: maaf andai aku terlalu banyak berkata-kata pada sesuatu yang tidak sampai akan ertinya yang kabur isinya pada yang terluka hatinya. dan dari sungai-sungai sampah yang mengalir laju tanpa arah tuju sesat munuju ke kuala, tengelam dan timbul antara arus deras dan adakalanya tersangkut pada jeram-jeram batu yang tajamnya perit mencarik akal ku. bercerai lerai lalu dikutip satu persatu dicantum menjadi satu biar tak sempurna. di saat hanyut di sungai waktu yang berliku, ku serap segala lumut dan lumpur menjadi selut lalu mendap menjadi lembah wadi dengan harapan ia menyubur alam ini.

36 comments:

  1. Bila banyak berkata..

    kadang2 kite tak sedar..

    secara tak langsung telah memalukan diri sendiri..

    erm~

    ReplyDelete
  2. bila banyak berkata-kata kadangkala boleh menyakitkan hati..

    ReplyDelete
  3. bila byk berkata...
    byk la buat ketupat hooo

    ReplyDelete
  4. aku berkata bila perlu sahaja.. :)

    kerana kata -kata juga boleh jadi pembunuh yang maha dasyat :)

    ReplyDelete
  5. terlajak perahu boleh pusing balik..tapi terlajak kata, buruk padahnya huhumi

    ReplyDelete
  6. maafkan ku ye pak cik kalo terlajak kata ;)

    ReplyDelete
  7. bila banyak berkat.

    bagus jgk puisi ni.
    sbb tu lebih baek mendiamkan diri :)

    ReplyDelete
  8. dah cukup kalau kau sendiri mampu faham. itu teori aku sendiri bila menulis. kadang-kadanglah. haha!

    ReplyDelete
  9. insyaAllah..kadang2 sampai juga maknanya..tapi masing2 ada tafsiran tersendiri la..

    ReplyDelete
  10. Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah Ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya nescaya tumbuh sebahagiannya.

    p/s: mamaiku jenis yang telus.. !!

    ReplyDelete
  11. koyuki:
    itu yang tak bagusnya bila terlebih kata

    fadzilah:
    itu yang paling di takuti

    imheppie:
    ya esok pakcik nak makan ketupat

    sItEDI:
    ya aku kenal kamu dengan motto kamu

    manusia:
    itu pasal selalu dapat bencana

    azzaliena:
    sama-sama la kita memaafkan

    ftyyhahh:
    kita berkata jika perlu

    addy:
    mungkin juga tapi matlamat tak sampai

    mak su:
    terima kasih ziarah saya setuju

    soleha:
    tafsiran yang tak sama mengundang bahaya

    ber_uwang:
    tadi kamu sudah berkata-kata

    mamamin:
    aku ingin menyuburkan lembah hati itu

    ReplyDelete
  12. aku tak nak berkata2 buat masa nie...
    sebab aku sebok berkebun di Mukabuku!

    xD

    ReplyDelete
  13. bile byk berkata..
    makin byk dusta..
    =p

    ReplyDelete
  14. bro...biar pena keyboard yg berbicara...huhuu

    ReplyDelete
  15. terlajak kata..xleh wat u turn... :)

    ReplyDelete
  16. jaja:
    bila kau nak add aku kat muka buku

    miss Siv:
    benar begitu

    abgBro:
    zaman dah moden dunia dah berubahkan

    caluk@cencaluk:
    aku tahu kau sadang berkata dalam hati hahahaha

    mier:
    terlajak kata badan binasa

    ReplyDelete
  17. Jangan jadi tin kosong yang berisi sebiji batu....

    ReplyDelete
  18. Aslmualaikum bro


    selemah2 iman adlh org yg byk sgt berckp.

    byk bercakap...mesti de tipu2..

    p.s

    diam pilihan yg lebih baik.

    ReplyDelete
  19. brkata2lah....jika itu yg buat kita bahgia...aha..aha......

    ReplyDelete
  20. diam kdg2 lbh baik ecspecially kalu tgh marah.btol x uncle??

    ReplyDelete
  21. kadangkala diam itu lebih baik - mcm nama bl0g dak tedi...kan3

    ReplyDelete
  22. kadang2 berdiam itu lebih mulia dari berkata

    ReplyDelete
  23. cakap salah
    tak cakap pun salah.
    makan jelaa.

    ReplyDelete
  24. bila byk kata buat kita pnt nak berkata2 lg...hiihi

    ReplyDelete
  25. mawar berduri:
    tin kosong itu yang di takuti

    yusuf mujahidin:
    diam itu lebih baik....

    pentoi:
    ya kita berkata untuk bahagia

    master teddy:
    yang itu pakcik setuju sgt

    eny:
    tapi jgn sampai kita dibuli

    sha:
    ya setujudengan kamu

    bulan:
    jgn sampai kita bisu hahaha

    cik cookie:
    jgn mbercakap masa makan yer

    honey Bunney:
    pakai bhasa isyarat lepsanie hehehehe

    ReplyDelete
  26. mamai

    baca entri mamai, saya tak tahu apa nak kata sebb semuanya dah di kata. nanti kalau berkata, orang tersalah sangka, ingat kita mengata.

    ReplyDelete
  27. bila banyak berkata.. orang kata diam.. bila diam.. org kata banyaklah berkata..

    ReplyDelete
  28. diam pon susah.. banyak cakap pon susah jgk.. huhu

    ReplyDelete
  29. al lavendari:
    perkara paling tak best ialah mengata

    aloy:
    itu orang memang banyak susah bro

    joegrimjow:
    aku suka juga bile dok berdiam tapi tangan tak boleh nak diam

    lea:
    next time pakai bahasa isyarat pulak

    ReplyDelete
  30. bila banyak berkata akan hilang KEDAMAIAN yang ada...PEACE...

    ReplyDelete
  31. jwpn bg "bila byk berkata" sumenye btol..
    ni kira nasehat la kn.
    tq bro mamai atas nasehat ni.hehe..

    kop vs gunners.amacm??yakin x??
    hikhik..

    ReplyDelete