Monday, September 28, 2009

terbanglah merpati cinta

pada pohon cinta yang ku belai
telah gugur rantingnya berderai
kering luput dimamah masa

pada dedaun kasih yang merimbun
telah layu lerai ditiup bayu
hilang bersama waktu yang tinggal kaku

pada akar-akar sayang yang mencengkam
sekeping tanah bernama hati
telah mati kekeringan di danau hati
biar ku siram secangkir salju setia

terbanglah wahai merpati cinta
usah kau menoleh lagi
usah kau kembali lagi
pohon cinta ini telah mati
gersang tanah di danau hati
salju setia tak mungkin bereti

terbanglah merpati cinta
bahagia mu menanti di sana
sebuah pulau bernama bahagia
lautan madu berombak syahdu
di situ mimpi mu menjadi satu



p/s di waktu itu apakah ia akan kembali seperti dulu

27 comments:

  1. erm syahdu nya... terasa sebak di hati.. tingat dia gi.. mengapa sukar benar untuk meembuka lembaran baru yea... kenapa keras benar hatiku ini... huhuhu

    tika gelora cinta melanda hati
    lupa lah segala nya pada realiti
    yag ada sebenar nya cuma lah mimpi
    mengaburi dek diri ku ini

    sayang di anyam
    janji di sulam
    kasih di kait
    umpama itu lah penghujung nya cinta
    bila tersedar ia nya dusta..

    ReplyDelete
  2. huh...awal awal senin dah jiwang!!!

    ReplyDelete
  3. eh jangan biarkan merpati tu terbang..hmm..biarkan merpati terus menemani sampai bila2..

    ReplyDelete
  4. selamat kembali jiwang ek mamai..hehehe

    bessst

    ReplyDelete
  5. kuharap...
    panas akan terus ke petang...
    bukan gerimis di tghhari..

    -boleh ke ayat cmnie?..he3

    ReplyDelete
  6. semua org feeling jiwwanggg jiwanggg...

    ReplyDelete
  7. hehe.. pakcik dh start bermadah pujangga dh.. buat apa di tahan org yg nak pergi kan pak cik... masing2 ada hidup masing2

    ReplyDelete
  8. sayu=pilu:
    susah di simpan perasaan itu lepaskan. kita harus belaajr kehilangan

    suhaila:
    monday blues nie aku pun tak tahu kenapa

    soleha:
    kalau dia tak terbang nanti jadi lauk

    azzalinea:
    jiwang di pagi senin

    eiza:
    boleh tapi nampak gaya cuaca dah mendung

    cookie devine:
    lom ada idea nak wat citer otak tersumbat kuih raya

    ReplyDelete
  9. rs cm nk curik je skit pemikrikan mamai nih..
    sgt menarik..

    slagi x cuba,kita xkn tau..
    terbang je..
    mungkin tmpt merpati cinta bkn di pohon itu..

    ReplyDelete
  10. cahaya chenta:
    bukan apa tak ada idea nak update hehehehe
    ya betul usah di halang orang nak pergi kita cari ganti

    miss Siv:
    thank you

    chipsmore:
    kita nak terbang ke mana yer

    en.beskot:
    boleh sajer nak curi tapi kena mintak izin dulu.

    ya betul kita harus mencuba

    ReplyDelete
  11. kau memang suka buat aku nanges eh? ish ish ish

    ReplyDelete
  12. suke la baca puisi si mamai. manusia sastera ke?

    ReplyDelete
  13. adibah:
    ala jangan la nangis aku tak ada tisu nie

    fatyyhahh:
    terima kasih kerana suka...sikit lebih kurang la tu

    ber_uwang:
    cinta itu memang indah dan sering yang parah

    ReplyDelete
  14. huuu...sedey2..

    adess chenta mmg menyakitkan...huu

    ReplyDelete
  15. merajuk nampaknya ! orang kata lelaki kalau merajuk ... buruk.

    ReplyDelete
  16. amboi..berpuisi lak..zia beraya kat perak la mana lagi..cuma lepas raya ni mls betul nak wat keje huhuhu

    ReplyDelete
  17. nur:
    kalau parh kena rawat cepat takut rebah nanti

    imheppie
    sakit apabila kita di khianati

    al lavendari:
    hehehehe bukan merajuk la bawa diri ajer

    zia:
    masih bercuti lagi ke...weh balik perak kat area mana

    ReplyDelete
  18. merpati dua sejoli tuh...merpati cinta yg kau maksudkan kah?

    ReplyDelete
  19. jiwang jgk bro mamai ni ye..
    kim salam pada awek awk yg cun tu ye!!

    ReplyDelete
  20. nak rawat di mana bri
    takde hospital yg leh kesan luka
    pesakit je yg tahu lokasi luka tu

    ReplyDelete
  21. atune:
    mungkin juga merpati dua sejoli yang mabuk janji teranguk-anguk setuju pada yang tak pasti

    fadzilah:
    sekali-sekala syok gak jiwang nie

    Nur:
    memang tak ada hospital dan doktor yg boleh merawat luka tu. tapi hanya satu yang mampu iaitu diri kita sendiri. segalanya terpulang pada kita sejauh mana kita mahu menderita atau kita ingin memilih bahagia walau tak mampu bersama. luka itu bawa bahagia pada bro

    ReplyDelete
  22. hehe..uncle menjiwang;)

    *jgn biarkan butterfly terbang jugak;)

    ReplyDelete