Tuesday, September 1, 2009

aku dan kau

kau tak tahu apa yang aku tahu
tapi aku tahu apa yang kau tahu

kau tak tahu kalau aku diam membisu
tapi aku tahu walau kau tak beritahu

siapa kau kalau tanpa aku
tapi aku tak pernah kisah kalau kau tiada

tiada kau tanpa aku
tapi aku tetap ada walau tanpa kau

kau cari aku
tapi aku tak pernah cari kau

kau perlukan aku
tapi aku tak pernah perlukan kau

kau mungkin pandai
tapi aku kepandaian itu

kau mungkin hebat
tapi aku cipta kehebatan itu

jadi kau jangan anggap kau bagus
kerana aku jauh lebih hebat dari kau


p/s: monolog diri orang tak bebas....juga harus dibaca dengan menukar kau kepada aku dan aku kepada kau di situ ada sesuatu

29 comments:

  1. Sebenarnya monolog ni tak berapa faham..huhu

    ReplyDelete
  2. maksudnya..
    aku dan kau sama je kn..

    ReplyDelete
  3. okeh~
    tamo tukor kau kpd aku..
    =P

    ReplyDelete
  4. oh..amat konpius..
    siapa kau, siapa aku???
    ah..aku ke kau???

    ReplyDelete
  5. kau aku..
    gabungan huruf yang sama..

    tapi hati kau dan aku itu berbeza..

    ReplyDelete
  6. imanshah:
    susah ker rasanya direct dah tu

    sha:
    sama tapi berbeza pada asasnya

    miss siv:
    mampukah kita menjadi aku

    rozita:
    dua dalam satu

    lumut:
    huruf yang sama makna yang berbezakan

    ReplyDelete
  7. bila aku terbalikkan Kau jd aku..dan aku jadi kau...

    maka aku sedar diri...
    aku tak pandai dan tak hebat..

    krn ada yg lbh pandai dan hebat dari kita.

    ReplyDelete
  8. aku yg lebih mengerti dari kau..

    eceh..
    mcm tu la kan bro..

    betapa pentingnya aku tu kan?

    ReplyDelete
  9. ermm monolog org sombong yer...
    memang betul itu bicara org yg tak bebas tak merdeka dari bersikap terbuka!

    ReplyDelete
  10. akupentoi:
    kaw yang mengerti

    azzalina:
    aku dan kau dimana bezanya

    jaja:
    setiap yang hebat pasti ada yang lebih hebat

    abgbro:
    aku setuju

    sayanghasni:
    pasti ada yang lebih memerlukan

    nur:
    kau dan aku mencari yang satu

    noorlara:
    kita tak bebaskan

    ReplyDelete
  11. jangan baca depan binatang monolog nie.

    ReplyDelete
  12. aku dan kau
    kau bukan aku
    aku bukan kau
    aku adalah aku
    kau tetap kau....

    ReplyDelete
  13. tak berapa faham la puisi tu..
    pening kepala..aduss sakit kepala!!

    ReplyDelete
  14. aku sama kau punya sesuatu yg beda tapi kita saja..

    ReplyDelete
  15. Yang pasti bro,

    Kau adalah kau dan aku adalah aku.

    ReplyDelete
  16. Bro, dalia tak faham seyy...seyes tak paham...bg la yg senang2 sket..:)

    ReplyDelete
  17. serupa tapi tak sama.. sama tapi tak serupa

    ReplyDelete
  18. Aku= Allah
    Kau= Hamba Allah yang lemah..

    tanpaNYA siapa lah kita..

    eh??

    ReplyDelete
  19. salam...bro...

    wah..sangat best..puisi ni...:))

    ReplyDelete
  20. akudo:
    eksyen tu apa...

    bias:
    menatang mesti pening hahahaha

    kay:
    aku dan kau ada bezanya tapi dalam aku ada kau dan dalam kau adanya aku

    fadzilah:
    hmm tak apa tak faham cuma sikit permaianan minda

    sulela:
    lebih kurang

    miss gaza;
    pasti ad bezanya antara kau dan aku biar dalam satu

    patungcendana:
    aku tetap bersama kau

    grunge:
    ya semuanya begitu tapi kita dari yang satu

    daliya:
    jgn pening pala rilex ajer

    ReplyDelete
  21. adibah:
    hakikatnya kau dan aku sama pada satu waktu

    sufy:
    kamu jauhari yang mengenal manikam

    ReplyDelete