Friday, August 14, 2009

titik tekanan

kita telah membicarakan tentang titik keseimbangan daripada entry terdahulu, keseimbangan yang perlu kita capai di sudut ekonomi,sosial, politik dan agama. titik kesimbangan ini amat penting dalam kita melayari hidup kita seharian. kita masih lagi tertanya-tanya bagaimana tiitk keseimbangan itu dapat dicapai sedang kita manusia yang hidup di dalam dunia mempunyai kepentingan sendiri.

tahukah kita bahawa walau sekuat mana kita sekali pun dan sehebat mana sekali pun sesebuah organisasi itu ia tetap mempunyai satu kelemahan. kelemahan ini adalah merupakan satu titik tekanan ke atas kita sebagai manusia dan juga organisi. kebisaanya titik tekanan ini jarang di sedari oleh sesorang individu dan organisi bukan tak di sedari tapi kita tak mahu orang lain ketahui.

titik tekanan inilah yang sebenarnya membatu kita mencapai keseimbangan dalam kehidupan kita, mungkin kita tidak sedari. titik tekanan ini jugalah yang meyeimbangi ekonomi kita dan seterusnya persekitaran sosial, terutama bagi kita di Malaysia yang mempunyai berbilang kaum yang mana ada majoriti dan minoritinya. Titik tekanan ini juga meyeimbangi keadaan politik kita. contohnya kita mempunyai berbagai parti politik dalam negara ini dan walau UMNO yang paling dominan dan seterusnya membentuk Barisan Nasional. Namun begitu parti ini tetap mempunyai titik tekanannya sendiri dan ini amat ketara bila mana dalam PRU 12 BN boleh dikatakan kalah teruk bukan seperti selalunya. Tidak juga mengatakan Pakatan Rakyat itu kuat tapi ianya menmafaatkan titik tekanan yang ada di dalam BN itu sendiri. Sebenarnya Pakatan Rakyat juga mempunyai titik tekanan mereka juga tapi kurang disedari.

rasanya elok biar begitu sekurang-kurangnya kita ada pilihan untuk dibuat kemudian hari dan pada parti yang memerintah tidaklah mereka nanti membuat sesuka hati dan hanya menguntungkan parti mereka sendiri. Sekurang-kurangnya mereka akan lebih perihatin kehendak masyarakat dari kehendak tekak mereka. cukup kita berbicara pasal politik lari dari tajuk nanti.

dari sudut agama pula di mana letaknya titik tekanan kita ini agar kita dapat meyeimbangi kehendak duniawi dan keperluan di akhirat kelak. kita sebagai manusia juga mempunyai nafsu dan ketahuilah kita yang nafsu ini bukan semuanya buruk malah ada juga yang baiknya cuma yang buruk itu lebih dominan pada kita. ini kerana kita tidak menyerdarinya dan kita tidak mencari titik tekanannya. seandainya kita menyelami diri kita ini nescaya kita mampu ketemui titik tekanan itu dan pasti kita mampu mencapai keseimbangan antara dunia dan akhirat. maaf aku bukan seorang pakar agama tapi lain orang lain caranya.

waduh apa yang dirapukannya ini, flu ini buat otak aku jadi tak menentu....fikir la sendiri..kalau okay ambil tak okay masuk tong sampah.

23 comments:

  1. penting jugak tekanan dalam kehidupan ni rupanya. =)

    ReplyDelete
  2. kita tengok keputusan PRK di penang nanti.. adakah tekanan BN akan bertambah! :)

    ReplyDelete
  3. pegi klenet cek dokter bro. ntah sakit aper ntah dokter tuh agaknya?

    ReplyDelete
  4. titik utk mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat senang je...
    berpegang la kepada al quran dan as sunnah..InsyaAllah...

    ReplyDelete
  5. Tekanan kadang2 buatkan kita lebih berfikir dan kreatif untuk 'deal' dengan tekanan itu..

    kau tertekan kerana flu? makan ubat, bro!

    ReplyDelete
  6. tu ler

    kalau x ada cabaran kita senang leka

    ReplyDelete
  7. jangan jadikan titik tekanan itu sebgai musuh kerana ia hanyalah teman penasihat, pengkritik...

    UMNO menjadikan titik tekanan sebagai musuh, ancaman nafsu dan periuk nasik mereka..

    flu lom kebah lg ker bro??

    haaaachuumm!!! hehe..

    ReplyDelete
  8. aku titik tangan kau nanti.......

    ReplyDelete
  9. hepi weekend bro mamai itteww..

    ReplyDelete
  10. Aku rasa titik tekanan ni penting untuk mencapai titik keseimbangan.

    ReplyDelete
  11. ije:
    tapi ramai yang tak suka tekanankan

    sItEDI:
    dah penat nak pilihanraya la hehehehe

    bias:
    hari nie mau jumpa doktor lagi

    daliaLiyana:
    itu adalah asasnya

    adibah:
    ya aku setuju bila tertekan kita akan mula berfikir

    monke D luffy:
    leka pada kesenangan

    abgBro:
    mereka tu dah tak boleh nakdi ubah...permatang pasir turun bro

    akudo:
    adoiiiiiiii..

    en.me:
    happy weekend to you too

    grunge:
    ya ada tekanan maka kita akan bertolak ansur dan saling bertimbang rasa

    ReplyDelete
  12. Cik Cookie pun sedikit tertekan sekarang.byk kn fikir dan perlu difikir.

    ReplyDelete
  13. asik kena titik aje macam mana tu .. nampaknya memang tak seimbang

    ReplyDelete
  14. arrrrh...stressss!!

    tq bro singgah anaklaut

    ReplyDelete
  15. kal0 nafsu mkn yg tinggi..
    tu x buruk kn?

    ReplyDelete
  16. cookie devine:
    tak apa berfikir nanti buatnya tak boleh nak berfikir lansung lagi haru

    ber_uwang:
    hahaha kau kena titik lagi ker

    anak laut:
    stress yer alahi...cikgu bawa bertenang

    shah:
    kalau terlebih makan sampai memudaratkan tu kira buruk la tu

    ReplyDelete
  17. aku masih mencube mencari mane silap diri..
    betul cakap kau.
    nangis sampai mati pon belum tentu jmpe ketenangan..
    thanx bro atas nasehat.

    semoga Allah lindungi kamu dan keluarga kamu...
    jadilah lelaki yang boleh membimbing wanita.

    eh merepek dah neh.hehe

    ReplyDelete
  18. kau masih flu?... bila nak baik ni...

    ReplyDelete
  19. salam bro mamai

    oo..bagus gak ek tekanan ni sbnrnya
    cuma bagaimana kita nak handle stress tu je kadang2 jadi overstress

    bro
    if ada petua nak handle stress update ek dlm blog..
    leh kami tau..

    p/s: dah sihat?

    ReplyDelete
  20. lumut:
    kau harus lebih tenang dalam mengahadapi dugaan...

    aku cuba sedaya upaya aku

    miss gaza:
    oleh itu jangan bersedih bila ada tekanan

    chipmore:
    ya bila kita belajar mengahadapi teknan dengan cara yang betul

    patungcendana:
    beransur pulih sekarang nie

    nur:
    insyaallah akan di usahakan

    ReplyDelete
  21. titik stress nih membuatkan aku erti kehidupan

    **aku pakai face mask sambil bace entry kau sbb takut berjangkit...

    ReplyDelete