Wednesday, August 26, 2009

antara keperluan dan kemahuan

diantara dua kehendak
yang manakan kau dahulukan
antara keperluan untuk kehidupan
atau demi gaya, mutu dan keunggulan
untuk kau memenuhi kemahuan
kau yang buat keputusan

antara kemewah dan kemegahan
terselit antaranya kekesalan dan keperitan
atau antara kepayahan dan kesusahan
di dalamnya ada senyuman dan ketenangan
kau yang tentukan

antara hilai tawa bermuka
bersamanya hadir duka nestapa
atau antara jerih dan luka
bersamanya bersulam bahagia
kau yang buat pilihan

antara keperluan dan kemahuan
kau letakan harga diri
aku hanya mampu memerhati
jauh di lubuk hati
tiada upaya menahan godaan diri




p/s: bulan puasa nie selalu juga salah buat pilihan....

39 comments:

  1. antara gaya,mutu keunggulan..

    hehe..mcm iklan dlm tv dulu2...
    tapi tak igt iklan ape.

    emm..tapi kekadang org confuse antara keperluan dan kemahuan..
    contohnya mcm sy..hikhik!
    mahu hiaskan blog..alih2 tak leh sign in.. padan muka nur..

    p/s: ni mesti pasal baju raya.. nur teka aje tau bro..

    ReplyDelete
  2. Aslmualaikum.

    selalu salah pilih juadah berbuka..hehe

    ReplyDelete
  3. keperluan lebih penting..
    tp bile ade lebih sket, selalu sgt kemahuan didahulukan..
    =p

    ReplyDelete
  4. nur:
    iklan rokok dunhill rasanya bro ciplak kat situ ahaks...

    belum beli lagi baju raya nie ngah dok pikir

    yusuf:
    itu tiap-tiap hari kita buat hahahaha last makanna melambak atas meja

    ReplyDelete
  5. huhu..
    normal lah kan kite selalu pilih salah...
    nafsu nafsu...
    huhu xD

    ReplyDelete
  6. nak wat pilihan beli juadah kat bazar @ masak sendirik ke?

    ReplyDelete
  7. aku dahulukan keperluan..
    kalau kehendak tu banyak sangat. takut tak tertunai..

    ReplyDelete
  8. mis Siv:
    keperluan penting tapi kemahuan di turutkan

    azzalina:
    kita yang akan tentukan

    en.me:
    masalah selalu over budget ahaks

    eny:
    ya dalam dilema nie

    shah:
    aku suka masak dari beli tapi masa pulak halangan

    sItEDI:
    tapi kemahuan kita sering turutkan yer tak

    ReplyDelete
  9. aku teringat subjek Ekonomi.. "keperluan & kemahuan"

    keperluan :
    Alhamdulillah hampir lengkap..

    Kemahuan :
    wowowo...byk yg aku nak list kan nie...terutama menu berbuka utk diborong time blk keje karang...

    xD

    ReplyDelete
  10. kalu dulu aku suka kan kemahuan tp sekarang ni aku pentingkan keperluan...

    ReplyDelete
  11. keperluan la... kemahuan tu cuma nafsu sajer...

    ReplyDelete
  12. kperluan..
    kehendak..
    2-2 maw..
    tapi belum tentu mampu..
    huu

    ReplyDelete
  13. Salam..

    Keperluan adalah lebih penting dari kemahuan..

    Salam Ramadhan bro =)

    ReplyDelete
  14. jaja:
    kau jgn jaja kang semua terbengkalai atas meja saper nak abis kan tu

    jebat Durhaka:
    aku juga pentingkan keperluan

    naz:
    anda benar nafsu mata lagi dashyat

    miss Gaza:
    dua-dua mau tapi kemampuan tak sampai camner

    aie Bahri:
    salam ziarah bro...ya memang benar kata mu utamakan keperluan tapi seringkali kita memenuhui kemahuan

    ReplyDelete
  15. nafsu mata? huhuhuhu.... kdng2 aku sendiri terlupa tentang bahananya...

    ReplyDelete
  16. bro dgr kabar liverpool kalah lagi...yer ker? hahahaa

    ReplyDelete
  17. aku pilih keperluan ar..sebungkus nasi n secawan air tembikai..cukup untuk gua..

    ReplyDelete
  18. sy pilih keperluan la pakcik... rs akan melengkapkan hidup bila suma keperluan cukup...

    ReplyDelete
  19. Bagi Cik Cookie keperluan adalah no 1.kerana keperluan menjamin kehidupan.kemahuan biasanya membawa penyesalan.

    tapi kalau kemahuan nak beli kasut tu dah ada Cik Cookie xfikir panjang dah.

    ReplyDelete
  20. kkdg bkn salah wat pilihan....xde pilihan pun ye jgk

    ReplyDelete
  21. naz:
    mata tu la bahaya pantang nampak

    abgBro:
    aku cuba untuk menidakannya akhirnya di ketahui juga...

    triple X malaya:
    itu seeloknya tapi aku dah bantai sebungkus nasi briani

    cahayachenta:
    pandai kamu yer sememangnya benar kamu katakan

    cookie devine:
    hahaha kasut itu keutaman tak ada kasut tak boleh jalan

    intan:
    kota cari pilihannya

    ReplyDelete
  22. salam ziarah. dalam hidup mmg sentiase ade pilihan, kite je yg kene pandai pilih path mane yg kite nak. hope that u cud choose wisely.


    cheers.

    ReplyDelete
  23. Kalau nak dua2 sekali takleh ye? Makan tu satu keperluan dan tekak lak nak makan ikut kemahuan. Tingin nak makan itu, tingin nak makan ini... Tapi masih based on keperluan. Errrr...aku dah bengong ke ni...ekekekeke

    ReplyDelete
  24. betul. antara laksa buyung ngan laksa penang. serabut jugak nak pilih nyer.

    ReplyDelete
  25. ada yang diperlukan, tapi kita tak mahu.. ada yang kita mahukan, tapi sebenarnya tak perlu..

    that's reality kan?

    *arwah ayah aku dulupun peminat tegar liverpool dari zaman dia muda2 dulu..

    ReplyDelete
  26. ikut akal keperluan...
    ikut nafsu kemahuan...
    tp yang best dua2 la...keperluan dan kemahuan...:)

    ReplyDelete
  27. salam....bro mamai,

    sangat menarik perhatian saya apabila membaca entri ini..penuh makna.

    Hidup adalah sebagai madrasah tarbiyyah. saya percaya Allah akan bagi sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita mahukan.

    Keperluan dan kemahuan. Dua perkara yang berbeza. Mungkin kemahuan kita bukanlah satu keperluan dan boleh jadi keperluan itu bukanlah sesuatu yang kita mahukan.

    Pernah suatu ketika satu kemahuan saya dimakbulkan Allah. Bukan kepalang gembira hati ini bila hajatku tertunai. Bertahun aku gembira dengan anugerah ‘kemahuan’ yang tertunai itu, baru ku sedar, kemahuan yang tertunai adalah ujian dan pengajaran untuk saya membuka mata hati lebih luas lagi. Dia menunaikan kemahuanku supaya ku nampak kemahuan itu bukanlah sesuatu yang aku perlukan. Alhamdulillah, bila ku sendiri meraba2 dalam jangka masa 2 tahun, baru aku sedar kemahuan bukanlah satu keperluan lantas Dia menarik semula ‘nikmat’ kemahuanku. dan kemahuanku itu adalah satu keperluan untukku menyedari hakikat sebenar erti suatu keperluan dalam hidupku. Syukran ya Rabb.

    ku hanya merancang,

    Allah jua yang menentukan,

    Kupasrah pada ujian,

    Biarpun datang menghujan,

    Hikmah seiringan,

    Untuk kufikirkan

    -anaklaut-

    p/s: bro terima kasih kerana sudi singgah di anaklaut

    ReplyDelete
  28. kalau dah tak di perlukan maka tak de la kemahuan...


    cintaku tak di perlukan lagi ... tak de la kemahuan untuk menyintai

    ReplyDelete
  29. dafodil:
    terimakasih kerana menziarah...
    ya kita harus membuat pilihan dalam hidup ini cuma kita kerap buat salah pilihan

    ije:
    berapa banyak keperluan yang perlu kita ada

    sulela:
    kau betul la tu...hehehe rambang mata pie pasar ramadhan

    bias:
    buka ke dua-duanya laksa juga hehehe

    adibah:
    perlu tapi tak mahu mcammana pulak yer...

    jgn la cakap pasal liverpool aku ngah sdih nie...

    daliya:
    mana boleh dua-dua tu tamak namanya hehehehe

    ReplyDelete
  30. hoo..iklan dunhill ek?
    abis iklan ape yg kete hitam dgn pompuan seksi tu..?
    yg tagline hitam itu menawan..
    huhu...

    iklan zaman nur skolah rendah..
    huhu..terasa tuaaaaa

    ReplyDelete
  31. antara keperluan, demi gaya dan keunggulan..
    pastinya kak ida pilih keperluan..
    kepayahan dan kesusahan di dalamnya ada senyuman dan ketenangan itulah yg selalu bersama..
    antara jerih dan luka bersamanya bersulam bahagia itulah pilihan..yg tiada pilihan..

    ReplyDelete
  32. uhuh..keperluan la....kehendk tu xksh sgt kot...hahhaha...bebila pn boleh..ihihi

    ReplyDelete
  33. salam mamai.. wah konfius betul nampaknya nie...

    antara yang membezakan ketenangan orang kaya dgn org miskin adalah keinginan untuk memenuhi kemahuan masing2. Jika si miskin berasa cukup dengan keperluan dan tidak gile untuk memuaskan kemahuan sendiri, maka tiada beza bahagia si kaya dan si miskin.

    ReplyDelete
  34. anak laut:
    sekurang-kurangnya kita saudah menikmati satu kemahuan itu biar hanya seketika...

    ada diantara kita masih mencari...

    ber_uwang:
    cinta mu belum bertemu dengan kemahuanya lagi pasti akan ada yang memerlukan cinta mu satu hahri nanti

    nur:
    hitam itu menawan iklan rokok JPS la....dulu iklan rokok paling bestkan boleh cuci mata

    idalara:
    itulah kehidupan kita....syukur kita masih boleh menikmati keperluan itu

    honeybunny:
    nanti jangan sampai tersalah pilih yer hehehehehe

    cik skaf:
    antara skaf dan tudung mana satu pilihan mu

    ReplyDelete
  35. (^_^) aku yg ketinggalan...huhuhu

    (pretty busy)

    ReplyDelete